Skip to main content

14 Kesan Jika Tidak Kawal Kencing Manis Ketika Mengandung

Bagi anda yang sedang hamil dan disahkan mengalami gestational diabetes melitus (GDM) atau diabetes gestasi, mustahak bagi anda untuk mengawal kadar gula dalam darah untuk memastikan diri dan janin boleh berkembang dengan baik tanpa sebarang komplikasi. Berikut ialah kesan GDM kepada ibu dan anak dalam kandungan jika tidak dikawal.
 
Kesan GDM kepada ibu
  • Boleh menyebabkan hiperglisemia iaitu kadar gula yang berlebihan
  • Hipoglisemia iaitu gula yang sangat rendah dalam darah.
  • Jangkitan kuman pada faraj seperti keputihan dan gatal-gatal
  • Risiko keguguran
  • Polihydraminios atau air ketuban berlebihan
  • Preeklampsia atau hipertensi teruk
  • Retinopati atau kerosakan retina pada mata
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Memerlukan proses kelahiran yang melibatkan pembedahan caesarean kerana bayi mungkin besar.

Kesan GDM kepada anak
  • Dilahirkan dengan berat badan yang berlebihan atau makrosomia
  • Mati dalam kandungan atau intra uterine death.
  • Hipoglisemia iaitu gula yang sangat rendah dalam darah.
  • Lemas semasa lahir hingga boleh menyebabkan kerosakan pada otak.
  • Kecederaan pada saraf di bahagian bahu atau shoulder dystocia.
     
Justeru, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, ibu perlu mengawal kadar gula dalam darah Ikuti tip penjagaan diri dan pemakanan ini.
PEMANTAUAN
  1. Sentiasa memantau paras gula di dalam darah.
  2. Pemeriksaan imbasan ultra bunyi semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios (air ketuban banyak) serta keabnormalan bayi.
  3. Kurangkan pengambilan gula yang biasanya terdapat pada minuman dan makanan manis.
  4. Atur pola makan sesuai keperluan kalori anda kerana jika kalori kurang, anda berisiko untuk mendapat hipoglisemia (kadar gula darah turun drastik ditandai lemas, berpeluh dan pengsan).
  5. Doktor akan terus memantau kadar gula darah. Jika turun,  teruskan diet. Jika tidak turun atau malah naik, diet perlu disertai langkah yang lebih berkesan berikutnya.
  6. Melakukan rutin pemeriksaan empat kali sehari.
  7. Suntik insulin bagi kes yang paras gula sukar dikawal kerana semasa hamil anda tidak boleh makan ubat-ubatan untuk merangsang penghasilan insulin dan diganti dengan suntikan insulin dengan dos yang ditentukan oleh doktor.
  8. Rancang senaman ringan seperti berjalan kaki atau berenang. Pastikan ia  tidak terlalu berat bagi ibu hamil. Senaman ringan boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah.
CADANGAN DIET
  1. Ambil karbohidrat kompleks iaitu bijirin, kekacang, pis, sayur-sayuran, dan makanan berkanji dalam kadar yang sederhana.
  2. Ambil makanan yang kaya serat buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain.
  3. Pastikan diet yang rendah lemak. Elakkan lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah daging dan ayam tanpa kulit.
  4. Elakkan makanan yang digoreng
  5. Makan buah-buahan yang tidak manis (rendah indeks glisemik) seperti jambu batu, avokado, limau, bluberi dan pir.
  6. Hindari buah-buahan kering atau buah-buahan dalam tin yang ditambah gula di dalamnya.
  7. Makanan yang mengandungi kandungan glisemik rendah.
  8. Sayur-sayuran berdaun hijau amat sesuai dimakan.
     
Anda perlulah KUAT kerana  gula boleh membawa kepada ‘ketagihan’. Apabila kita cuba mengurangkan kadar gula yang diambil, kadangkala kita merasa lemah, mengantuk, marah, beremosi dan lain-lain. Ia memerlukan kekuatan mental untuk melakukannya!

Comments

Popular posts from this blog

5 Cara Atasi Masalah Air Liur Banyak Ketika Mengandung

Air liur yang lebih banyak semasa hamil adalah normal. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita. Doktor memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.   Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan. Kita tidak tahu dengan tepat apakah yang menyebabkan keadaan ini. Walaupun ianya tidak membahayakan, ia boleh jadi sukar untuk ditangani dan anda boleh jadi stres kerananya. Anda mungkin mendapati anda tidak mahu terus menelan air liur kerana ini menyebabkan anda lebih loya. Anda mungkin terpaksa meludah air liur ke dalam sinki atau kertas tisu. Jika anda menghasilkan banyak air liur, kulit di sekeliling mulut anda juga boleh jadi pedih. Anda mungkin dapati keadaan ini tidak begitu teruk pada waktu malam, tetapi sesetengah wanita boleh terjaga daripad...

5 Tips Hilangkan Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Ramai dari ibu mengandung rasa terganggu dengan keluhan yang satu ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang cukup berisiko dengan menggunakan ubat tertentu yang belum tentu dapat  memutihkan kembali ketiak yang mulai menghitam.   Sebenarnya lumrah bagi wanita mengandung ketiak akan hitam. Boleh dikatakan hampir 90 peratus akan mengalaminya di awal kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini suatu hari nanti, tak perlulah untuk risau kerana selepas melahirkan, kulit ketiak yang menghitam tadi akan dengan sendirinya berubah menjadi warna asal kulit. Masalah ketiak hitam saat hamil dalam dunia perubatan dikenali sebagai hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi adalah suatu keadaan di mana menghitamnya kulit-kulit pada bahagian tubuh tertentu akibat perubahan hormon yang terjadi selama kehamilan. Selain pada bahagian ketiak, hiperpigementasi juga terjadi pada bahagian kulit tubuh yang lain seperti kawasan puting payudara, leher, wajah, punggung belakang, di celah kangkang dan...

7 Tips Elak Keputihan Ketika Mengandung

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.   Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj. Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin. Antara risiko keputihan yang ramai ibu tidak tahu 1. Sawan Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi. 2. Gangguan pernafasan kepada bayi Jangkitan keputihan yang disebabk...