Skip to main content

5 Tips Hilangkan Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Ramai dari ibu mengandung rasa terganggu dengan keluhan yang satu ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang cukup berisiko dengan menggunakan ubat tertentu yang belum tentu dapat  memutihkan kembali ketiak yang mulai menghitam.
 
Sebenarnya lumrah bagi wanita mengandung ketiak akan hitam. Boleh dikatakan hampir 90 peratus akan mengalaminya di awal kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini suatu hari nanti, tak perlulah untuk risau kerana selepas melahirkan, kulit ketiak yang menghitam tadi akan dengan sendirinya berubah menjadi warna asal kulit.
Masalah ketiak hitam saat hamil dalam dunia perubatan dikenali sebagai hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi adalah suatu keadaan di mana menghitamnya kulit-kulit pada bahagian tubuh tertentu akibat perubahan hormon yang terjadi selama kehamilan.
Selain pada bahagian ketiak, hiperpigementasi juga terjadi pada bahagian kulit tubuh yang lain seperti kawasan puting payudara, leher, wajah, punggung belakang, di celah kangkang dan bahagian perut.
Hiperpigmentasi terjadi kerana terbentuknya pigmen kulit oleh sel melanosit secara aktif akibat perubahan hormon kehamilan seperti progesteron. Hiperpigmentasi akan berhenti dengan sendirinya selepas anda melahirkan bayi dan hormon tubuh kembali normal.
Bagi mengatasi ketiak hitam sewaktu hamil anda disarankan untuk tidak menggunakan produk-produk yang berisiko terhadap janin. Boleh cuba ikhtiar dengan menggunakan bahan semulajadi. Penggunaan bahan-bahan alami terbukti selamat dan memberi kesan sampingan.
Antara yang boleh ibu amalkan adalah:
1)     Lidah Buaya
Digunakan dengan cara menyapu gel yang diperoleh dari daunnya ke bahagian ketiak yang hitam. Biarkan hingga 1 jam, sambil digosok dan selepas itu boleh dibersihkan. Boleh diamalkan dua kali dalam seminggu atau mengikut keperluan sehingga nampak kesannya.
2)    Lemon
Digunakan dengan cara menyapu pati lemon. Biarkan hingga 1 jam sambil digosok. Kemudian cuci menggunakan air bersih. Bagi yang mengalami masalah kulit sensitif tidak digalakkan kerana lemon boleh membuatkan kulit jadi gatal atau berbagai masalah lain.
3)    Bunga Mawar
Digunakan dengan mengambil patinya kemudian gosok dan biarkan seketika. Kemudian boleh cuci seperti biasa.
4)    Kunyit
Kisar kunyit dan sapukan pada bahagian bermasalah. Kemudian cuci bersih.
5)    Kayu Manis
Campurkan serbuk kayu manis dan susu, kemudian oleskan sebagai masker kulit pada bahagian ketiak hitam. Biarkan hingga kering kemudian bilas.

Comments

Popular posts from this blog

5 Cara Atasi Masalah Air Liur Banyak Ketika Mengandung

Air liur yang lebih banyak semasa hamil adalah normal. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita. Doktor memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.   Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan. Kita tidak tahu dengan tepat apakah yang menyebabkan keadaan ini. Walaupun ianya tidak membahayakan, ia boleh jadi sukar untuk ditangani dan anda boleh jadi stres kerananya. Anda mungkin mendapati anda tidak mahu terus menelan air liur kerana ini menyebabkan anda lebih loya. Anda mungkin terpaksa meludah air liur ke dalam sinki atau kertas tisu. Jika anda menghasilkan banyak air liur, kulit di sekeliling mulut anda juga boleh jadi pedih. Anda mungkin dapati keadaan ini tidak begitu teruk pada waktu malam, tetapi sesetengah wanita boleh terjaga daripad...

7 Tips Elak Keputihan Ketika Mengandung

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.   Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj. Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin. Antara risiko keputihan yang ramai ibu tidak tahu 1. Sawan Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi. 2. Gangguan pernafasan kepada bayi Jangkitan keputihan yang disebabk...