Skip to main content

5 Cara Atasi Masalah Air Liur Banyak Ketika Mengandung

Air liur yang lebih banyak semasa hamil adalah normal. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita. Doktor memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.
 
Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan.
Kita tidak tahu dengan tepat apakah yang menyebabkan keadaan ini. Walaupun ianya tidak membahayakan, ia boleh jadi sukar untuk ditangani dan anda boleh jadi stres kerananya.
Anda mungkin mendapati anda tidak mahu terus menelan air liur kerana ini menyebabkan anda lebih loya. Anda mungkin terpaksa meludah air liur ke dalam sinki atau kertas tisu. Jika anda menghasilkan banyak air liur, kulit di sekeliling mulut anda juga boleh jadi pedih.
Anda mungkin dapati keadaan ini tidak begitu teruk pada waktu malam, tetapi sesetengah wanita boleh terjaga daripada tidur kerana terlalu banyak air liur meleleh.
Biasanya, air liur yang berlebihan ini mula berkurangan pada akhir trimester pertama. Pada ketika ini, mabuk hamil juga akan berhenti. Jika anda mengalami mabuk yang teruk, anda mungkin terus menghasilkan banyak air liur sehingga kira-kira minggu ke-20 kehamilan. Malangnya, bagi sesetengah wanita, perkara ini berterusan sehinggalah mereka bersalin.
 
Tidak ada sebarang rawatan tertentu bagi keadaan ini, tetapi anda mungkin boleh mencuba kaedah berikut:
  1. menghisap buah lemon atau limau nipis, atau menghidu beberapa titik minyak pati lemon atau limau nipis yang dititikkan pada kertas tisu;
  2. menggunakan pembersih mulut yang selamat digunakan semasa hamil;
  3. menghisap gula-gula pudina atau mengunyah gula-gula getah berpudina;
  4. memberus gigi dengan ubat gigi berpudina;
  5. menghisap kiub ais.
 
Anda juga boleh mencuba tip-tip untuk mengurangkan mabuk hamil yang boleh jadi berguna untuk menangani masalah ini.
Rawatan alternatif seperti kiropraktik atau homeopati mungkin dapat membantu anda, walaupun tidak banyak bukti yang menunjukkan ianya berkesan. Pastikan anda berjumpa dengan pengamal yang berkelayakan dan berdaftar dengan organisasi profesional.
Jika anda menghasilkan terlalu banyak air liur sehingga mengganggu aktiviti harian anda atau mengganggu tidur, jumpalah doktor. Ada rawatan perubatan yang boleh membantu anda.

Comments

Popular posts from this blog

5 Tips Hilangkan Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Ramai dari ibu mengandung rasa terganggu dengan keluhan yang satu ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang cukup berisiko dengan menggunakan ubat tertentu yang belum tentu dapat  memutihkan kembali ketiak yang mulai menghitam.   Sebenarnya lumrah bagi wanita mengandung ketiak akan hitam. Boleh dikatakan hampir 90 peratus akan mengalaminya di awal kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini suatu hari nanti, tak perlulah untuk risau kerana selepas melahirkan, kulit ketiak yang menghitam tadi akan dengan sendirinya berubah menjadi warna asal kulit. Masalah ketiak hitam saat hamil dalam dunia perubatan dikenali sebagai hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi adalah suatu keadaan di mana menghitamnya kulit-kulit pada bahagian tubuh tertentu akibat perubahan hormon yang terjadi selama kehamilan. Selain pada bahagian ketiak, hiperpigementasi juga terjadi pada bahagian kulit tubuh yang lain seperti kawasan puting payudara, leher, wajah, punggung belakang, di celah kangkang dan...

7 Tips Elak Keputihan Ketika Mengandung

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.   Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj. Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin. Antara risiko keputihan yang ramai ibu tidak tahu 1. Sawan Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi. 2. Gangguan pernafasan kepada bayi Jangkitan keputihan yang disebabk...