Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya anda yang bertubuh gempal. Namun,ibu perlu menjaga pemakanan dan bukannya mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan kerana ia mungkin membahayakan bayi. Apakah risiko kehamilan ibu bertubuh gempal? 1. Diabetes Masalah ini disebabkan peningkatan gula dalam darah sepanjang kehamilan dan badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ibu perlu menjalani ujian darah (MGTT) untuk menentukannya. Diabetes boleh menyebabkan keguguran, jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap, air ketuban berlebihan, pre eklampsia, kegagalan buah pinggang, berat badan bayi melebihi 4kg, kecacatan saraf tunjang dan jantung bayi, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah) dan lemas semasa lahir. Walaupun ibu menghidap diabetes, ibu masih boleh menjalani kehamilan yang sihat asalkan mengikuti saranan doktor dan mematuhi temujanji pemeriksaan antenatal dan rawatan yang ditetapkan. Ibu juga perlu menjaga pemakanan seh...
Wanita terutamanya yang telah melahirkan anak, jangan sesekali pandang remeh dengan petunjuk rahim tidak sihat ini. Sikap tidak prihatin anda itu, mungkin boleh menjadi punca anda mengalami masalah rahim yang serius seperti rahim jatuh. 1. Sakit tumit Bahagian tumit sering rasa sakit, berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk adalah salah satu petunjuknya. Lebih-lebih lagi jika rasa itu kerap dialami setelah anda banyak berjalan, berdiri lama atau selepas mengangkat benda berat. 2. Sakit telapak kaki Anda juga mungkin berasa sengal dan bisa urat pada tapak kaki. Antara lain, ada juga tanda-tanda lain seperti anda berasa kejang dan mencucuk di sekitar telapak kaki. 3. Sakit ari-ari Bahagian bawah perut hingga ke pangkal paha pun rasa sakit. Anda mungkin rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha dan ia merebak sehingga ke lutut. 4. Kerap terbuang angin faraj Sering mengalami kentut di bahagian faraj. Ini bermakna rahim anda sedang bermasalah dan faraj dalam k...