Skip to main content

7 Cara Mudah Atasi Tekanan Darah Tinggi Ketika Mengandung

Tekanan darah akan sedikit berubah ketika hamil, ini disebabkan oleh hormon kehamilan dan progesteron mengendurkan dinding salur darah anda. Tekanan darah tinggi bagi orang normal ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu hamil tekanan normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Sekiranya tekanan darah melebihi 140, itu sudah dikategorikan sebagai tinggi.
 
Bagi ibu – ibu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil, ia boleh menyebabkan risiko kehilangan bayi, nyawa sendiri dan berat bayi kurang dari bayi yang normal. Terdapat beberapa cara yang dikongsikan Puan Dilla Jalil untuk membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil.
1) Mengurangkan makanan tinggi sodium dan makanan segera.
Tahukan anda penyebab utama tekanan darah tinggi ketika hamil adalah berpunca daripada makanan yang tinggi kandungan sodium natrium. Kebiasaannya makanan segera mengandungi sodium natrium yang tinggi. Maka, pastikan anda tidak mengambil makanan segara dengan lebih kerap.
2) Banyakkan minum jus buah
Amalkan minuman berkhasiat ini pada setiap pagi dan malam. Pastikan buah tersebut segar dan kurangkan gula. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil, ianya juga kaya dengan vitamin. Bukan sahaja bagus untuk ibu yang hamil, malah jus buah juga bagus untuk bayi dalam kandungan.
3) Sayur dan ulam
Ulam seperti tomato, daun sup dan batang sadari bagus diamalkan setiap hari ketika anda ingin menjamu selera. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil.
4) Air asam jawa
Ambil air asam jawa sehari sebanyak 2 kali seminggu. Iaitu siang dan malam. Cara untuk menyediakan air asam jawa ini ialah, ambil air masak 1/2 cawan dan masukkan sedikit pes asam jawa. Selain dapat menurukan tekanan darah tinggi ketika hamil, air asam jawa juga bagus untuk menyejukkan badan, menghilangkan sakit tekak dan batuk.
5) Bersenam
Membuat senaman ringan bagi mengurangkan tekanan semasa tempoh kehamilan atau tekanan semasa menunggu proses bersalin.
6) Membuat kerja dengan teratur
Keadaan terdesak atau kelam-kabut boleh menyebabkan anda menjadi lebih tertekan. Pastikan tugas harian anda disiapkan dalam keadaan yang tenang. Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja tersebut seorang, maka mintalah bantuan orang yang terdekat. Jangan memaksa diri sehinggakan anda merasa tekanan. Perasaan tertekan atau tekanan kerja akan membuat tekanan darah tinggi ketika hamil menjadi lebih berbahaya.
7) Mengambil suplemen
Kadang-kadang apa yang anda makan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan anda. Badan anda perlukan vitamin bagi menampung kekurangan vitamin dalam badan. Tapi bukan sebarang vitamin. Sebolehnya tanya pendapat doktor terlebih dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

5 Cara Atasi Masalah Air Liur Banyak Ketika Mengandung

Air liur yang lebih banyak semasa hamil adalah normal. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita. Doktor memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.   Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan. Kita tidak tahu dengan tepat apakah yang menyebabkan keadaan ini. Walaupun ianya tidak membahayakan, ia boleh jadi sukar untuk ditangani dan anda boleh jadi stres kerananya. Anda mungkin mendapati anda tidak mahu terus menelan air liur kerana ini menyebabkan anda lebih loya. Anda mungkin terpaksa meludah air liur ke dalam sinki atau kertas tisu. Jika anda menghasilkan banyak air liur, kulit di sekeliling mulut anda juga boleh jadi pedih. Anda mungkin dapati keadaan ini tidak begitu teruk pada waktu malam, tetapi sesetengah wanita boleh terjaga daripad...

5 Tips Hilangkan Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Ramai dari ibu mengandung rasa terganggu dengan keluhan yang satu ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang cukup berisiko dengan menggunakan ubat tertentu yang belum tentu dapat  memutihkan kembali ketiak yang mulai menghitam.   Sebenarnya lumrah bagi wanita mengandung ketiak akan hitam. Boleh dikatakan hampir 90 peratus akan mengalaminya di awal kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini suatu hari nanti, tak perlulah untuk risau kerana selepas melahirkan, kulit ketiak yang menghitam tadi akan dengan sendirinya berubah menjadi warna asal kulit. Masalah ketiak hitam saat hamil dalam dunia perubatan dikenali sebagai hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi adalah suatu keadaan di mana menghitamnya kulit-kulit pada bahagian tubuh tertentu akibat perubahan hormon yang terjadi selama kehamilan. Selain pada bahagian ketiak, hiperpigementasi juga terjadi pada bahagian kulit tubuh yang lain seperti kawasan puting payudara, leher, wajah, punggung belakang, di celah kangkang dan...

7 Tips Elak Keputihan Ketika Mengandung

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.   Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj. Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin. Antara risiko keputihan yang ramai ibu tidak tahu 1. Sawan Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi. 2. Gangguan pernafasan kepada bayi Jangkitan keputihan yang disebabk...