Skip to main content

5 Cara Kawal Kencing Manis Semasa Mengandung

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah,  Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.
 
PERLU SENAMAN SEDERHANA
Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik.Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.
Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!
 
5 TIP KAWAL SELERA
Soalan-soalan yang juga sering ditanya ialah bagaimana caranya untuk mengawal pemakanan ketika mengalami gestational diabetes ini? Bagaimana cara untuk mengekang selera?
Terdapat pelbagai tips yang boleh dicuba tetapi langkah yang pertama adalah untuk berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital. Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan daripada beliau, anda bolehlah mencuba tip di bawah.
  1. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah. Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.
  2. Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates). Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.
  3. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.
  4. Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.
  5. Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu. Justeru Dr Norintan mencadangkan supaya makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwic telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Comments

Popular posts from this blog

5 Cara Atasi Masalah Air Liur Banyak Ketika Mengandung

Air liur yang lebih banyak semasa hamil adalah normal. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita. Doktor memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.   Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan. Kita tidak tahu dengan tepat apakah yang menyebabkan keadaan ini. Walaupun ianya tidak membahayakan, ia boleh jadi sukar untuk ditangani dan anda boleh jadi stres kerananya. Anda mungkin mendapati anda tidak mahu terus menelan air liur kerana ini menyebabkan anda lebih loya. Anda mungkin terpaksa meludah air liur ke dalam sinki atau kertas tisu. Jika anda menghasilkan banyak air liur, kulit di sekeliling mulut anda juga boleh jadi pedih. Anda mungkin dapati keadaan ini tidak begitu teruk pada waktu malam, tetapi sesetengah wanita boleh terjaga daripad...

5 Tips Hilangkan Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Ramai dari ibu mengandung rasa terganggu dengan keluhan yang satu ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang cukup berisiko dengan menggunakan ubat tertentu yang belum tentu dapat  memutihkan kembali ketiak yang mulai menghitam.   Sebenarnya lumrah bagi wanita mengandung ketiak akan hitam. Boleh dikatakan hampir 90 peratus akan mengalaminya di awal kehamilan. Jika anda mengalami masalah ini suatu hari nanti, tak perlulah untuk risau kerana selepas melahirkan, kulit ketiak yang menghitam tadi akan dengan sendirinya berubah menjadi warna asal kulit. Masalah ketiak hitam saat hamil dalam dunia perubatan dikenali sebagai hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi adalah suatu keadaan di mana menghitamnya kulit-kulit pada bahagian tubuh tertentu akibat perubahan hormon yang terjadi selama kehamilan. Selain pada bahagian ketiak, hiperpigementasi juga terjadi pada bahagian kulit tubuh yang lain seperti kawasan puting payudara, leher, wajah, punggung belakang, di celah kangkang dan...

7 Tips Elak Keputihan Ketika Mengandung

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu Leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.   Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj. Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan Jangkitan Yeast atau Candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin. Antara risiko keputihan yang ramai ibu tidak tahu 1. Sawan Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi. 2. Gangguan pernafasan kepada bayi Jangkitan keputihan yang disebabk...